//Tiqah's blog
always in my mind
Wednesday 2 December 2015 @ 21:22 | 0 Sweety [s]


yeayyy!!!! 

'merdeka!!!!  kami dah bebas'

di sudut hati,, alhamdulillah berakhir sudah SPM
TAPI,,
siapa sangka 5 tahun kite bersama akan berakhir.. tanpa disedari persahabatan kite selama ini akan berakhir. segala pahit manis kite bersama akan terhenti di sini..
begitu pantas masa berlalu
Allah..
hati ini menangis lagi

5 tahun sudah cukup untuk kita mengenali segala- galanya. perangainya, time badmood, time happy, time gila-gila,time sedih..
segala-galanya kita kongsi bersama, berebut time nak mandi, bergegas gy sekolah, beratur perhimpunan pagi,belajar dalam kelas,rehat kat kantin, of course mi sup pilihan hati, will miss  it  makan  tengahari, makan petang, bising sme, sembahyang same,
everythings we do together.

DAN SEKARANG
tiada lagi semua tu. Allahu, hati ini terlalu rindu. 
Rindu untuk bersama lagi..

tapi, aq harus redha menerima takdir yang telah ditetapkan oleh Nya

krn setiap pertemuan pasti ada perpisahan

1001 kenangan yang telah kita cipta bersama, jangan biarkan ia padam dibawa angin

simpanlah ia sebagai kenangan termanis dalam hidup..
Never forget
teima kasih buat sahabat2 seperjuangan 
setia menemani hingga ke akhirnya
ya. 5 tahun kite terhenti di sini.
bukan bermakna segala-galanya telah berakhir.
mohon maaf atas segala kekhilafan diri. hanya insan biasa tak mungkin sempurna
Till we meet again
always love
#prodigy
#legend
#batch 98


kehilangan amat terasa di hati
mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
ku terima perpisahan ini
dulu kita satu jiwa satu impian
suasah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
hanya lagu yang menjadi ingatan
hanya lagu yang menjadi kenangan
seanadainya masa itu kembali semula
ingin ku memiliki lebih dari itu
perpisahan yang tak ku duga telah terjadi


~thanawians~
{last kelas eko}


~legend's legacy~


ProLegend_98



HINGGA KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA...
Bhai semuaaaaa





lots of love fom me:
Tiqah ML
















sayang ayah
Thursday 27 August 2015 @ 06:23 | 0 Sweety [s]

bismillah..
alhamdullilah abis Trial SPM..
sje je share
bacelah dengan hati,, moge ianya bermanfaat..



Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? Ayah selalu tanya, "Telefonlah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."

Kasihnya Ayah

Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian.

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan?? Kan ayah dah bagitau jangan minum air sejuk?? "

Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau!

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata; "Tidak boleh!" Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan perasaan yang sangat risau.

Ayah marah kita! Tahukah kita yang ayah tak nak apa-apa terjadi pada kita bila keluar lewat malam?

Setelah kita dewasa, ayah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar. Di saat kita memerlukan macam-macam, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak. Beliau memenuhinya..

Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga walaupun kadang-kadang ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah, ayah sangat berhati-hati mengizinkannya, dan akhirnya.. saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita, ayah pun tersenyum bahagia..

Adakah kita tahu, ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia dan dia pun berdoa; "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik. Bahagiakanlah putera puteri kecilku yang manis bersama pasangannya".

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

Itulah pengorbanan seorang ayah. Apakah kita masih belum sedar? Masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia?

Percayalah.. dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah. Tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.

Kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat. Tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah?

Adakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan kepada ibu?

Kamu lupa masa kita kecil, ayah mendukung dan mencium kita?

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya: (Wahai Rasulullah, Siapakah orang yang paling berhak aku hormati? Nabi s.a.w bersabda: “ Ibumu.” Lelaki itu berkata lagi: “ Siapakah setelah ibuku?”. Nabi s.a.w bersabda: “ Ibumu.” Lelaki itu bertanya lagi: “ Siapa lagi setelah ibuku?”. Nabi s.a.w bersabda: “ Ibumu.” Lelaki itu bertanya lagi: “ Lalu siapa lagi sesudahnya?” Nabi s.a.w menjawab: “ Ayahmu.”) HR Bukhari.

Rasulullah saw bersabda, "Dosa-dosa besar: Syirik terhadap Allah, menderhaka kepada ibu bapa, membunuh diri dan bersumpah dengan dusta)", HR Bukhari.

Jadi, ketika mereka masih lagi hidup dan berdiri dihadapan kita, hargailah mereka.

‘Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku. Rahmatilah mereka sepertimana mereka telah mengasihiku sejak kecil..’ Amin..~









love 2015
Friday 7 August 2015 @ 02:57 | 0 Sweety [s]

bismillah..
lame x update..
busy giler2..

kali ni nak share the best ever moments yg berlaku taon ni.
tahun last berada di smaasza sbb taon ni spm..

                                                                                     







MASMAT BADMINTON




18/5
never forget that day
dan inilah malam yg menjadi saksi hati2 kami bersatu 
batch 98
prodigy + legend






hias dewan untuk hari guru







aktiviti di pantai
pertukaran pelajar dari imtiaz





best roomate ever
SUKAN ASPURI 





MALAM KESENIAN ISLAM





kem nuqoba'








last jamuan hari raya







Protokol Makan Beradab 
Hotel Primula





jamuan akhir tahun MPS 14/15
Pandan Laut Beach Resort ,Setiu


                   semoga segale pengalaman yg dilalui akan menjadi pedoman utk meneruskan hari hari yang mendatang.. Never FORget sahabat sahabat seperjuangan.. moga ukhuwah yang terjalin berkekalan hingga ke akhirnya.. inshaAllah.. May Allah bless u always.. batch 98 always the BEST..
LOVE u alls till jannah...


2015 is the best..

♡♡my lovely niece♡♡
Thursday 19 February 2015 @ 06:12 | 0 Sweety [s]

Dengan lafaz yg mulia,, bismillah..

Lame x update blog.. busy ekpon..
Kali ni nk share skit psl prkre yg brsejarah lam idop.. :)

Tanggal 10 Nov 2014~

Mse 2 duduk dlm kls ,, nk prekse akhir taon..
Ustzh Nozera msuk .. ph2 tgh ustzh bgy kertas prekse, ustzh pon ucap tahniah..
Ph2 tnye ustzh, bkpe?
Ustzh pon kbo, awak x au agy k?
Kakak ipar awak slmt dh brank.. anak puan.
Syes r ustazah?mse 2 kjut ngt ase.. mcm x caye je.
Jdi mak sedare dah.. Excited ase..


Lps blik skolah tel mak ngn abg,, ucap thniah...
Unbelieve,, ade ank sedare dah.. hehe..Alhamdulillah :)

Sedar x sedar skrg msuk 4 bulan dah..
Sekejap je ase..
Besar dah pon..
Kpd anak sedare tersayang : Nur Aneesa Insyirah
~jadilah anak n permpuan yg solehah kelak ye
~dgr ckp abi ngn umi ye
~Besar kekgy jgn nkl neh
~semoga berjaye di dunia n akhirat
~semoge bhgia selalu

Ikhlas dri aty : emak sedare yg baikkkk,, hehe






















love u icha,,

Seindah Bidadari
Saturday 25 October 2014 @ 07:44 | 0 Sweety [s]


Yang dicari, walau bukan putera raja, biarlah putera agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asal sihat rohani, sempurna hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangan ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang kerana saya serikandi dengan silam yang kelam...
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata. Cukuplah akad dan janji setia...
Dan yang terjadi, andai tak sama kehendak hati, saya redha ketetapan ilahi. kerana  Itulah ketentuan sejak azali..

sekadar perkongsian bersama... 
kali ni nak cite pasal wanita yang berpurdah atau pun berniqab.
ehem,, seriously memang jealous ngat tengok orang yang pakai gitu,
mikir mula boleh dop kite nak jadi macam ye r..
hurm.. In Sha Allah,, tapi,, bile??
"sesungguhnya yang tertutup itu lebih indah"


aimi,, i'm proud with u..
moga saya boleh jadi macam awak suatu hari nanti..
moge terus istiqamah ya!!






Dan di antara kelebihan wanita yang berpurdah ialah:

1.Allah tingkatkan nur wajah 13 kali ganda dari wajah asli.
2.Di akhirat Allah akan tingkatkan kecantikan 70 kali ganda dari kecantikan bidadari La Aiba.
Seorang bidadari yang Allah ciptakan dengan tangannya sendiri.
3.Di Syurga ada pasar hari Jumaat, semua orang akan pergi menjumpai Allah, tetapi orang yang pakai purdah di dunia ditemui Allah langsung ke kamar- kamarnya.



_hopefully boleh jadi gini gop suatu ary nanti_



           
                                                           






































love you MOM..
Tuesday 14 October 2014 @ 02:23 | 0 Sweety [s]

Seorang Ibu terduduk di kErusi rodanya suatu petang di tepi danau, ditemani Anaknya yang sudah  berkeluarga.

Si ibu bertanya ” itu burung apa yg berdiri disana ??”
“Bangau mama” anaknya menjawab dengan sopan.

Tak lama kemudian si mama bertanya lagi..

“Itu yang warna putih burung apa?”

sedikit kesal anaknya menjawab ” ya bangau mama?…”

Kemudian ibunya kembali bertanya

” Lantas itu burung apa ?” Ibunya menunjuk burung bangau tadi yg sedang terbang…

Dengan nada kesal si anak menjawab “ya bangau mama. kan sama saja!..mama tidak lihat dia terbang!”

Air menitis dari sudut mata si mama sambil berkata perlahan..
”Dulu 26 tahun yang lalu aku memangku mu dan menjawab pertanyaan yg sama untuk mu sebanyak 10 kali,..sedang saat ini aku hanya bertanya 3 kali, tapi kau membentak ku 2 kali..”

Si anak terdiam…dan memeluk mamanya.

Pernahkah kita memikirkan apa yg telah diajarkan oleh seorang mama kepada kita?

Sayangilah Mama/Ibu-mu dgn sungguh2 krn syurga berada di telapak kaki Ibu.

Mohon ampunan jika kamu pernah menyakiti hati Ibumu.
✽Sahabat..
Seorang Ibu dan kita
adalah ibarat mata dengan
lengan. jika mata tergores lengan
tak kan merasa sakit, tapi jika
lengan terluka maka mata akan
mengeluarkan airmata untuk
lengan..✽

#Kasih sayang ibu bagaikan sang
suria yang menyinari
dunia tanpa imbalan
apapun..✽

Love you mom :*
You are my inspiration n
motivation in my Life..
Thank You 










#dari lubuk hati seorang anak
#tqah_ml



2A5 2012 forever(mahligai abu daud)
@ 01:17 | 0 Sweety [s]

 Sahabat Sejati




Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan
mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering  beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati boleh mengatasi cubaan itu bahkan bertumbuh bersama kerananya...

Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya..

Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian..

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justeru karena kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat membutuhkan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita membutuhkan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang dibutuhkan oleh sahabatnya.
Kerinduannya adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya, karena tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.

Semua orang pasti menginginkan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya.

Ingatlah bila terakhir kali anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda ???
Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ??
Siapa yang ingin bersama anda
saat anda tak bisa memberikan apa-apa ??

MEREKALAH SAHABAT ANDA

Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka....

2A5 forever n ever,,,,

di sini saye sertakan sdkit kenangan indah kita bersama...

* jamuan perpisahan ustzh syuhada n ustzh hani


                               

*bergambar sblum balik akhir tahun 2012

*jamuan akhir tahun bersama ustzh ym sharifah fatimah zahara








*always happy together.....love u all because of Allah

                                                         
*bergambar sblum pulang,,,,,picnic at pantai batu buruk


banyak kenangan tlh kita cipta bersama......semoga memori indah ini tidak akan dilupakan smpai bila......insyaallah..

[naeim,hariz,nadzmi,hilmi,aiman,najmi,long]

[syahirah,nabella,azzah,nadiya,atikah,tg.anis,munirah,
 auni,fira,meera,shakirah,amirah,anis,suraya,najihah and atiqah]  

9A PMR 2013...insyaallah..(last candidates pmr) 
 








                                         


Older Post
about me

Assalam... Dengan lafaz yang mulia,, bismillah..Nama diberi Nur Atiqah. Seorang insan biasa yang sedang mencari diri. Moga setiap langkah diberkati Allah. Ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya... Keep calm and SMILE always..


blog archieve
Navigate

Diary AboutMe Stuffs Linkies

Shout



Love them!

Template by : Mieyra | Biela
Full Edited : tiqah & fira
Image From : we❤it

Best View at GOOGLE CHROME!